Friday, September 19, 2008

Program Basmi Kemiskinan Bandar


Ini merupakan program fasa yang ke-2 yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra. Aku merupakan salah seorang urusetia yang telah dipertanggungjawapkan bagi memastikan program ini berjalan lancar bagi sesi malam (aku sorang je lelaki bujang kat unit tu..so no wonder la..hehe). Slide video ni pon aku yang buat sendiri. Satu malam aku tak tido nak compile semua gambar-gambar yang dah diambil. So jangan komen apa-apa pasal persembahan ini. Just for u all to watch and know what we're doing here.




Untuk Pengetahuan semua, program ini merupakan satu peluang bagi mereka yang pendapatan rendah melibatkan diri dalam dunia keusahawanan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Sepanjang kursus ini dijalankan, peserta dikehendaki menghadiri setiap sesi memasak iaitu di sebelah pagi dan petang, serta disebelah malamnya pula mereka dikehendaki menghadiri kelas atau ceramah yang menjurus kearah keusahawanan sepanjang 12 hari kursus ini dijalankan. 3 hari 2 malam digunakan untuk membuat lawatan ke kilang-kilang perusahaan dimana untuk fasa kedua ini, mereka dapat melawat kilang perusahaan pau dan kerepek yang bertempat di Sabak Bernam.

No comments: