Tuesday, April 21, 2009

Our 1st Dating


19th of March 2009
We went on for our 1st tour around Malacca Historical City and this is the 1st time we went on a tour together (Dating), Alhamdulillah. We only got time to take a tour around Afarmosa. Don't worry dear, Insya-Allah we can take a tour some other time (^_^).
UHIBBUKIFILLAH
Safani Salwani Binti Zainal Abidin
Love And Miss U So Much

Saturday, February 21, 2009

WALIMATUL URUS


Peta Lelaki

Peta Perempuan

Majlis Lelaki

Majlis Perempuan

Outside

Inside



Monday, January 5, 2009

Kursus Asas Keusahawanan Pelajar Semester Akhir

Kursus ini khasnya untuk para pelajar kolej komuniti yang akan selesai sesi pengajian mereka. Sesi kursus untuk yang pertama bagi pelajar KKBD ini telah dijalankan pada 19 - 23 Disember 2008 di Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah Darulaman. Seramai lebih kurang 260 orang pelajar telah menghadari kursus ini dengan jayanya.



Kursus ini telah dikelola oleh bandan swasta dan dipantau oleh beberapa orang pensyarah kolej sendiri. Pensyarah-pensyarah yang telah memantau program ini ialah saya sendiri (Shahreen Mansor), Pn. Idalaila Aziz, Cik Zuraidah Mohd Nizal dan Cik Irmayariani Kamalsha.
Saya juga bertindak sebagai Juru gambar untuk program ini.

Wednesday, December 10, 2008

Kursus Asas Keusahawanan, PBKB 2008



Setelah selesainya Program Basmi Kemiskinan Bandar Fasa Pertama dan Fasa Kedua yang telah dihadiri oleh 60 orang peserta semuanya, 30 orang peserta yang terpilih daripada kedua-dua fasa program tersebut kini diberi peluang untuk menghadiri kursus asas keusahawanan. 30 orang peserta ini dipilih berdasarkan beberapa kreteria iaitu prestasi, disiplin, kesungguhan, penglibatan dan/atau telah memulakan perniagaan sendiri. Ini bagi membolehkan mereka mendapat lebih pengetahuan dan dapat berkungsi ilmu dalam perniagaan yang mereka telah/ingin ceburi.

Kursus ini telah dijalankan pada 21 - 28 November 2008 bertempat di Swiss In, Sungai Petani, Kedah darulaman. Kursus ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) dengan kerjasama Institut Pembangunan Keusahawanan Universisi Utara Malaysia (IPK UUM) dan Kementerian Kewangan Malaysia . Satu hari diperuntukkan untuk lawatan ke kilang Sejuk Beku AZLA Management dan Kilang Perusahaan Sos, Kicap dan Cuka Al-Hikmah yang bertempat di sekitar Sungai Petani, Kedah Darulaman. Kedua-dua Kilang Perusahaan ini diusahakan oleh bumiputera.

#Galeri Kursus#





Monday, September 22, 2008

Program Basmi Kemiskinan Bandar Fasa Pertama


Program ini merupakan program yang pertama dijalankan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman ini dan disponser sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Untuk Program yang pertama ini, lebih kepada kursus penyediaan masakan timur dan masakan barat. Kursus selama 12 hari ini sangat membantu bagi peserta memulakan perniagaan berunsur makanan. Untuk program yang pertama ini, 3 hari diperuntukkan untuk membuat lawatan ke kilang membuat laksa beras, sos pencecah dan keropok lekor di Kelantan. Ok la juga, dapat jalan-jalan sambil berkursus. So enjoy the show.

Friday, September 19, 2008

Program Basmi Kemiskinan Bandar


Ini merupakan program fasa yang ke-2 yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra. Aku merupakan salah seorang urusetia yang telah dipertanggungjawapkan bagi memastikan program ini berjalan lancar bagi sesi malam (aku sorang je lelaki bujang kat unit tu..so no wonder la..hehe). Slide video ni pon aku yang buat sendiri. Satu malam aku tak tido nak compile semua gambar-gambar yang dah diambil. So jangan komen apa-apa pasal persembahan ini. Just for u all to watch and know what we're doing here.




Untuk Pengetahuan semua, program ini merupakan satu peluang bagi mereka yang pendapatan rendah melibatkan diri dalam dunia keusahawanan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Sepanjang kursus ini dijalankan, peserta dikehendaki menghadiri setiap sesi memasak iaitu di sebelah pagi dan petang, serta disebelah malamnya pula mereka dikehendaki menghadiri kelas atau ceramah yang menjurus kearah keusahawanan sepanjang 12 hari kursus ini dijalankan. 3 hari 2 malam digunakan untuk membuat lawatan ke kilang-kilang perusahaan dimana untuk fasa kedua ini, mereka dapat melawat kilang perusahaan pau dan kerepek yang bertempat di Sabak Bernam.