Monday, September 22, 2008

Program Basmi Kemiskinan Bandar Fasa Pertama


Program ini merupakan program yang pertama dijalankan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman ini dan disponser sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Untuk Program yang pertama ini, lebih kepada kursus penyediaan masakan timur dan masakan barat. Kursus selama 12 hari ini sangat membantu bagi peserta memulakan perniagaan berunsur makanan. Untuk program yang pertama ini, 3 hari diperuntukkan untuk membuat lawatan ke kilang membuat laksa beras, sos pencecah dan keropok lekor di Kelantan. Ok la juga, dapat jalan-jalan sambil berkursus. So enjoy the show.

No comments: